Monday 25 May 2015

Sabarlah kamu wahai diri,..

Seandainya terdapat rasa benci atau sayang di dalam hatimu kepada seseorang...maka periksalah ia dengan teliti..

Tanyalah pada dirimu : Adakah rasa benci atau sayang itu hadir berlandaskan Al-Quran dan Hadis?'

Seandainya rasa benci itu hadir berlandaskan Al-Quran dan hadid..Alhamdulillah..tahniah! kerana tu maknanya kita sudah membuat sesuatu menurut perintah Allah dan Rasulullah s.a.w.

tetapi...seandainya rasa benci yang hadir tu bukanlah berlandaskan Al-Quran dan hadis..sebaliknya mungkin kerana kelemahan, keegoan dan kedegilan kita sendiri..ketahuilah bahawa kita sedang mengikut hawa nafsu kita..

Friday 15 May 2015

Ikhlas


Sentiasa ikhlaskan diri dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Perbetulkan nawaitu lillahi ta'ala..

Kisah Hidup

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t


Macam mana terdetik harini nak buat blog untuk diri sendiri,..Banyak hal dalam pemikiran ini yang masih belum dirungkaikan,..Hanya kepadaMu tempat aku bergantung Ya Rabb,.Kadang kala termenung memikirkan apa nasib ummah akan datang..Apa tindakanku sebagai saudara seislam mereka? Apa yg telah aku infakkan kepada mereka?

Semalam ana bersama rakan menghadiri majlis ilmu ceramah perdana bertajuk 'Bawaku ke Syurga' di DTSP,USM..Allahu, tersentuh hati ini mendengar ceramah yg disampaikan oleh PU Azraie berkenaan tanggungjawab kita sebagai anak yg melayakkan kita untuk ke syurga. Jika mereka sudah tiada suatu hari nanti, anak-anak sebagai pewaris untuk mendoakan kesejahteraan mereka di alam sana..Talian doa itu tidak akan putus walaupun berbeza alam .Sungguh hebat ciptaan Allah s.w.t..Maka nikmat Tuhanmu yang manakah lagi yg kau dustakan? [Ar-Rahman]